Tuesday, September 28, 2010

Sahabat..

Terima kasih Ya Allah kerana menjadikan mereka sebagai sahabat yang menemaniku.
 
Ada orang kata terdapat perbezaan antara gelaran sahabat, teman dan keluarga. Betul ka??  Betul la.. tapi ada persamaanya..

Ermm.. Bagiku sesiapa sahaja disampingku adalah antara wasilah dari Allah untuk memberi peringatan dan pelajaran untukku.

Tapi, sebelum mengeluarkan sebarang pendapat saya perlu merujuk kepada kitab yang benar sehingga akhir zaman dulu iaitu Al-Quran. Supaya saya tak mendapat kemurkaan Allah s.w.t.
Berikut beberapa ayat yang saya temui berkaitan dengan hubungan persahabatan.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.





Tafsir Al-Quran dalam persahabatan:

Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya). (Al-An'aam 6:70)



Katakanlah: "Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan agama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya): "Marilah bersama-sama kami. "Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam". (Al-An'aam 6:71) 

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). (Az-Zukhruf 43:67   

Pendapatku =)
Rakan dan sahabat hadir ada ketikanya seperti disesuatu tempat, pada jangka masa tertentu dan bersama sebabnya. Antara yang menjadi sebab mungkin rupaparas, harta kekayaan, pangkat kedudukan atau kepandaiannya. Tak kisahlah.. tapi kalau sebab-sebab ini disertai dengan iman dan takwa insyallah ia kekal sehinga hari akhirat.

No comments:

Post a Comment