"eh.. buku nota lama aku rupanya"
"Lama-lama nanti mesti kena bakar" sambil belek-belek isi kandungan buku nota tersebut. Maka bermulalah pengembaraan kisah cinta.. adeh.. tak habis-habis kisah cinta. Selamat membaca..
Cebisan Novel1: Majlis Perkahwinan
"Hey! masuk semua, pengantin dh nak tiba, cepat!!!" teriak Ain memanggil kanak2 yg masih asyik berkejaran kesana-kesini.
"Baik akak" kesemua kanak-kanak itu seolah-olah tidak membantah langsung, meskipun masing2 masih asyik untuk berkejaran.
Di satu sudut, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun sedang leka berbual dgn seorang pemuda berkulit sawo matang dan berwajah kacukan cina-india, perbualan mereka terhenti setelah mendengar teriakan tadi.
"Kalau abang kawin dgn akak tu, bukan dia yg bertuah kawin dgn abang, tapi saya cakap abg yg bertuah dapat dia, hihihi" kanak-kanak tersebut lalu meninggalkan pemuda itu bersendirian dgn kata2 yg terakhir. Timbul perasaan ingin tahu atas maksud akan kata-kata budak tadi, lalu dia mengambil keputusan menghampiri wanita yang berteriak sebentar tadi yang mula menyambung kerja-kerja mengelap meja tetamu yang sudah beredar.
"Assalamua'laikum saudari" sapa pemuda tersebut terhadap Nurul Ain.
"Wa'alaikummussalam" dengan memandang sekilas akan penegurnya kemudian menyambung semula kerja-kerjanya.
"Ya, ada apa yang boleh saya toloang?" sambung Nurul Ain untuk menghilangkan kekoknya sambil menyusung pingan mangkuk ke dalam dulang.
"Boleh saya masuk meminang saudari?" sambung pemuda tersebut dengan lagak bersahaja menanti reaksi Nurul Ain. Nurul Ain tersenyum tanpa memandang pemuda itu, dia langsung tidak terkejut dgn gurauan pemuda itu lalu dia menjawab.
"Nak tambah ape?, air ke atau lauk?" Akhirnya pemuda itu tertawa.... Apabila mendengar pemuda itu tertawa, Nurul Ain berlalu dari situ dengan membawa dulang yang berisi pingan mangkuk yang perlu dicuci, malas hendak melayang gurauan yang mungkin mendatangkan fitnah kepadanya tambahan lagi banyak mata yang memandang kearah mereka.
Di satu sudut yang lain, seorang wanita tua memerhati tingkah laku Nurul Ain dan pemuda tersebut. Dia menghampiri pemuda tersebut setelah melihat Nurul Ain Berlalu dari situ, lalu menyapa pemuda itu.
"Hai, kacau anak dara orang ka?" tegurnya.
"Ala.. mak nei, Azim saja je, Ira tu cabar orang kacau dia" balasnya untuk membela diri. Sambil menuang air sirap ke dalam cawan untuk diminum.
"Kamu tahu ka sapa yang kamu kacau tu?" tanya Mak Kiah lagi.
"Tak, Sape mak? adik-beradik kite ke?sebelah mana? takpernah nampak pun" bertalu-talu soalan diajukan kepada ibunya itu.
"Kalau kamu nak tahu, dia tu la yang mak pinangkan untuk kamu bulan lepas" Ibunya berlalu dengan kata-kata tersebut.
"Hah!! ape mak??" nasib baik dia belum meneguk air yang dituangnya sebentar tadi, lalu meninggalkan air tersebut untuk mengejar ibunya. Tapi malangnya ibunya telah menghilang didalam rumah Makndak mungkin masuk menyediakan lauk pengantin.
Mak Kiah tertawa, akhirnya dia tak perlu lagi mencari jalan untuk memperkenalkan mereka berdua. Hatinya lega sememangnya dia sangat berkenankan Nurul Ain menjadi menantunya, setiap kali hal itu disuarakan kepada anaknya, anaknya asyik memberi alasan tak kenal, sedah ada teman wanita. Tetapi sebulan yang lalu setelah mendengar anaknya itu putus cinta disebabkan gadis itu bakal dinikahkan dengan pemuda pilihan ibu bapanya, terus Mak Kiah menambil keputusan meminang Nurul Ain.
Mak Kiah kenal bekas kekasih anaknya. Sarah, cantik, berkulit putih, bersopan santun, apabila datang ke rumah sering menghadiahkanya buah tangan yang agak mahal. Kalau tidak disebabkan hubungan mereka yang putus Mak Kiah menerima dengan hati yang terbuka Sarah sebagai menantunya.
Tapi, entahlah.. jika hendak dibandingkan antara Sarah dan Nurul Ain, hatinya lebih tertarik dengan Nurul Ain. Nurul Ain bukanlah dari keluarga yang senang, dia hidup dalam keluarga yang porak-poranda. Ibu bapanya bercerai, anak sulung dari lapan adik beradik, berbanding dengan Sarah yang merupakan Anak bongsu dari dua beradik dan hidup dalam kuluarga yang berada. Dari segi kecantikan luaran Sarah sangat pandai berhias tidak seperti Nurul Ain jarang sekali brhias dan biasanya Nurul Ain berhias apabila ada majlis seperti hari ini itupun hanya ala kadar sahaja.
Jika dilihat dari jauh antara Sarah dan Nurul Ain, Sarah tentulah lebih cantik tetapi jika dilihat dari dekat ia perlu dipertimbangkan semula kerana wajah Nurul Ain lebih manis walaupun dia hanya berkulit kuning langsat.
Semua itu patut menjadi persoalan kedua, kerana persoalan pertamanya adalah agamanya berdasarkan saranan hadis nabi Muhammad s.a.w
"Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaan, keturunanya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mungkin Mak Kiah memandang dari segi agamanya, ya mungkin, ini disebabkan walaupun hidup dalam suasana yang sebegitu rupa Nurul Ain tetap berbudi bicara, dia tetap kuat berpegang pada agamanya. Sedangkan lihatlah pemuda-pemudi sekarang yang semakin rosak akhlaknya. Apabila ditanya, jawapan mereka ringkas. Bagi berkeluarga yang agak berada jawapanya kurang kasih sayang, ibu bapa sibuk, dimanjakan keterlaluan. Manakala, bagi keluarga yang susah atau bermasaalah, ibu bapa tak baik, tertekan, tak boleh duduk rumah sebab ibu bapa suka bergaduh lalu keluar mencari ketenangan dengan membuat aktiviti tak berfaedah.
Tapi, Nurul Ain tidak, dia masih insan biasa, insan yang berpegang kuat pada agamanya dan tidak menjadikan masalah yang dihadapi sebagai jalan keluar untuk berpoya-poya, sebaliknya dia gigih meneruskan pengajianya dan sekarang tamat dengan cemerlang. Tiba-tiba Mak Kiah terfikir
"Layakkah anakku membimbingnya??" Getus hati kecilnya."InsyaAllah, aku yakin terhadap Azim berbanding Amirul"..
Bersambung... (Lenguh pulak menaip nei..)
Inilah hasilnya.. Kalau ada masa, nanti aku sambung tapi kena perah otak la pulak sambil tunggu inspirasi baru.. Baru-baru ada satu mimpi yang bolehla dijadikan modal buat aku sambung karya yang tergantung nei. tapi kena tunggu aku ada mood nak mengarang la..
No comments:
Post a Comment